PRIBUMI PERKASA NEGARA

About Me

My photo
HJ. GHAZALI BIN ALWI (PENGERUSI PERKASA DAERAH KLUANG)

Friday, June 24, 2011

MESYUARAT KHAS TAHUNAN KALI 1/2011

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT KHAS TAHUNAN 2011
PERKASA DAERAH KLUANG

TARIKH   :  12 JUN 2011 (AHAD)
TEMPAT  :  DEWAN KG. TENGAH

DIRASMIKAN OLEH :
Y.BHG. PROF. DATO' DR. HJ. HUSSEIN BIN HJ. AHMAD
FELO PENYELIDIK KANAN, UNIVERSITI MALAYA
MANTAN WAKIL TETAP MALAYSIA KE UNESCO, PARIS.











 


Monday, June 20, 2011

SEMINAR MEMPERKASAKAN WANITA NEGERI JOHOR

Perasmian Seminar Memperkasakan Wanita Negeri Johor
 Tarikh  : 18 Jun 2011 ( Sabtu)
 Tempat : Dewan Kg. Melayu, Kluang, Johor.

Dirasmikan oleh : Y. Bhg Datin Paduka Hajah Norkhaila binti Jamalludin
                                (Ketua Wiranita Malaysia)


Ketua Wiranita Negeri Johor - Pn. Haslina binti Mohamad Dom

 Y. Bhg Datin Paduka Hajah Norkhaila binti Jamalludin
    (Ketua Wiranita Malaysia)

- Dalam ucapan beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Wiranita Perkasa Johor serta barisan kepimpinan  kerana dapat menganjurkan Seminar Memperkasakan Wanita Johor. Y.Bhg Datin Paduka Hajah Nurkhaila menyeru kepada orang-orang melayu  bersatu hati dan bersepakat unutk membangunkan orang melayu yang telah mula berpecah akibat perebutan kuasa dan lupa pada sejarah. Bangsa lain telah mula mengambil kesempatan maka perlembagaan negara yang memberi hak keistimewaan kepada penduduk pribumi dipertikaikan, Raja-Raja Melayu telah di perlekehkan, Islam sebagai agama rasmi telah cuba digugat. Pemerintahan Negara yang dimiliki oleh orang melayu telah mula beralih kuasa kepada parti politik yang lebih liberal memperjuangkan hak sama rata dengan bangsa lain.
Oleh itu beliau berharap dapat bersama menginsafi akibat perpecahan orang melayu yang akhirnya akan merugikan anak bangsa generasi akan datang terpinggir di Tanah Air sendiri. Marilah kita menanam 1 semangat baru untuk terus bekerjasama dan bergerak membantu kerajaan yang sedia ada kekal demi kesinambungan orang Melayu di Malaysia.
Akhir kata beliau mengucapkan tahniah kepadaa barisan kepimpinan Perkasa Wiranita Negeri Johor yang telah dapat mengadakan mesyuarat dan Seminar Memperkasakan Wanita.




 Koir dari Wiranita dan Wirawati Daerah Kluang

Barisan Wiranita dan Wirawati Perkasa Daerah Kluang
Pengerusi Perkasa - Tn. Hj. Ghazali mengiringi Y. Bhg Datin Paduka Hajah Nur Khaila binti Jamalludin merasmikan Seminar Memperkasakan Wanita Negeri Johor






Sunday, June 12, 2011

Salam 153!!,

Sekitar Mesyuarat Khas Tahunan 2011 PERKASA Daerah Kluang pada 12hb Jun 2011 dirasmikan oleh Yg.Bhg. Profesor Dato' Dr Hussein Bin Hj Ahmad, Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya, Mantan Wakil Tetap Malaysia Ke UNESCO Paris.

Wasiat Raja-Raja Melayu Yang Telah DimaKtubkan Pada 31 Ogos 1957 :
  • Kami namakan dan panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kami junjung, Persekutuan Tanah Melayu, (Sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami bencarkan kamu isytihar dan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama2 kaum lain.
  • Bagi menjaga kamu dan melindungi anak2 kamu, harta hak milik melayu, kami tubuhkan Regimen Askar Melayu untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman luar negara.
  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja2 Melayu memerintah negara ini.
  • Kami tetapkan Islam ialah Agama Persekutuan.
  • Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja2 Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum2 lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)





"BERSATULAH MELAYU"

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

PERKASA DAERAH KLUANG