PRIBUMI PERKASA NEGARA

About Me

My photo
HJ. GHAZALI BIN ALWI (PENGERUSI PERKASA DAERAH KLUANG)

Monday, June 20, 2011

SEMINAR MEMPERKASAKAN WANITA NEGERI JOHOR

Perasmian Seminar Memperkasakan Wanita Negeri Johor
 Tarikh  : 18 Jun 2011 ( Sabtu)
 Tempat : Dewan Kg. Melayu, Kluang, Johor.

Dirasmikan oleh : Y. Bhg Datin Paduka Hajah Norkhaila binti Jamalludin
                                (Ketua Wiranita Malaysia)


Ketua Wiranita Negeri Johor - Pn. Haslina binti Mohamad Dom

 Y. Bhg Datin Paduka Hajah Norkhaila binti Jamalludin
    (Ketua Wiranita Malaysia)

- Dalam ucapan beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Wiranita Perkasa Johor serta barisan kepimpinan  kerana dapat menganjurkan Seminar Memperkasakan Wanita Johor. Y.Bhg Datin Paduka Hajah Nurkhaila menyeru kepada orang-orang melayu  bersatu hati dan bersepakat unutk membangunkan orang melayu yang telah mula berpecah akibat perebutan kuasa dan lupa pada sejarah. Bangsa lain telah mula mengambil kesempatan maka perlembagaan negara yang memberi hak keistimewaan kepada penduduk pribumi dipertikaikan, Raja-Raja Melayu telah di perlekehkan, Islam sebagai agama rasmi telah cuba digugat. Pemerintahan Negara yang dimiliki oleh orang melayu telah mula beralih kuasa kepada parti politik yang lebih liberal memperjuangkan hak sama rata dengan bangsa lain.
Oleh itu beliau berharap dapat bersama menginsafi akibat perpecahan orang melayu yang akhirnya akan merugikan anak bangsa generasi akan datang terpinggir di Tanah Air sendiri. Marilah kita menanam 1 semangat baru untuk terus bekerjasama dan bergerak membantu kerajaan yang sedia ada kekal demi kesinambungan orang Melayu di Malaysia.
Akhir kata beliau mengucapkan tahniah kepadaa barisan kepimpinan Perkasa Wiranita Negeri Johor yang telah dapat mengadakan mesyuarat dan Seminar Memperkasakan Wanita.




 Koir dari Wiranita dan Wirawati Daerah Kluang

Barisan Wiranita dan Wirawati Perkasa Daerah Kluang
Pengerusi Perkasa - Tn. Hj. Ghazali mengiringi Y. Bhg Datin Paduka Hajah Nur Khaila binti Jamalludin merasmikan Seminar Memperkasakan Wanita Negeri Johor






No comments:

Post a Comment